YOODO MENAWARKAN PELBAGAI HADIAH DAN PROMOSI SEPANJANG BULAN DISEMBER

December 12, 2020




Hi & Assalamualaikum pembaca semua !

Pernah dengar network Yoodo tak? Aku sendiri pun pertama kali dengar tentang network ni sebenarnya, itu pun bila dapat dapat invitation untuk meeting online dengan Yoodo pada minggu lepas, bila dengar penjelasan terus dari Head of Yoodo Encik Chow Tuck Mun, macam rasa teruja pula sebab apa yang di tawarkan dalam perkhidmatan mereka buat aku senyum lebar hehe. Terima kasih juga atas kiriman goodies dari Yoodo.


Thank you Yoodo !

Ok Sedikit info mengenai yoodo jika anda pertama kali mendengarnya dan ada berita baik juga jika anda pengguna setia Yoodo.



Yoodo telah dilancarkan pada pada Januari 2018 dan merupakan perkhidmatan mudah alih digital bebas yang dimiliki dan dikendalikan oleh Celcom Axiata Berhad. Ia menawarkan perkhidmatan mudah alih yang pertama di negara ini yang benar-benar boleh disesuaikan dengan ketelusan, fleksibiliti dan kemudahan pelanggan yang lengkap.




Tapi apa yang aku ingin hebahkan di sini sebenarnya adalah berita baik apa yang di tawarkan oleh Yoodo untuk bulan Disember ini kepada semua pengguna sedia ada Yoodo dan bagi korang yang berjinak-jinak nak mencuba perkhidmatan mudah alih ni, boleh lah teruskan membaca ya..

Yoodo, perkhidmatan mudah alih ubah suai sepenuhnya dan 100% digital pertama di Malaysia, telah pun melancarkan beberapa siri promosi dan peraduan bagi meraikan penghujung tahun 2020.

Dengan dua kempen berasingan sepanjang bulan Disember ini, pengguna baharu serta pengguna setia Yoodo berpeluang mendapat ganjaran dan hadiah yang menarik.

Tahun 2020 ini, seperti yang kita terpaksa akui merupakan tahun yang sukar bagi kebanyakan masyarakat. Dengan itu Yoodo akan menawarkan sebanyak mungkin hadiah kepada pengguna Yoodo di seluruh Malaysia. 

“Untuk mengakhiri tahun ini, kami ingin menyebarkan keceriaan dan menzahirkan rasa syukur kepada petugas-petugas barisan hadapan dan pengguna setia kami.” kata Chow Tuck Mun, ketua Yoodo.



Ho! Ho! Holiday Giveaway 

Yoodo ingin memulakan musim perayaan dengan kempen Ho! Ho! Holiday Giveaway yang akan memberikan ganjaran kepada pengguna Yoodo sedia ada dengan pelbagai hadiah sepanjang bulan ini. Hadiah-hadiah tersebut terdiri daripada Apple iPhone 12 Pro, Samsung Galaxy S20 Plus, Apple AirPods Pro, dan in-game Diamonds permainan Mobile Legends: Bang Bang. Wah cukup lumayan !

Untuk mendapat hadiah-hadiah ini senang saja, mereka hanya yang perlu menepati syarat yang telah ditetapkan mengikut kategori - seperti berbelanja sebanyak RM50 ke atas dalam satu transaksi atau membeli 7GB data Booster. Pemenang bertuah akan dipilih untuk menerima hadiah-hadiah istimewa ini. Kempen ini berakhir pada 31 Disember 2020.



Senarai hadiah Ho! Ho! Holiday Giveaway:

  Hadiah, Kuantiti dan Bagaimana untuk menang.

  • Apple iPhone 12 Pro, 2 kuantiti di tawarkan dengan berbelanja RM80 dan ke atas dalam satu transaksi.
  • Samsung Galaxy S20 Pro, 2 kuantiti di tawarkan dengan berbelanja RM50 dan ke atas dalam satu transaksi.
  • Apple AirPods Pro, 3 kuantiti di tawarkan dengan melanggan mana-mana pelan tanpa had.
  • 1,500 MLBB Diamonds, 3 kuantiti di tawarkan dengan melanggan data asas 5GB + MLBB tambahan. 
  • Kredit Boost RM100, 3 kuantiti di tawarkan dengan pembelian data booster 7GB.
  • Power Bank Pineng, 3 kuantiti di tawarkan dengan melanggan 2 kali Power Pass 3 jam.  


Raikan Wira-wira Kita

Selain itu, antara 7 hingga 31 Disember, Yoodo berbesar hati ingin memberi penghargaan kepada petugas-petugas barisan hadapan melalui inisiatif Raikan Wira-wira Kita.

Inisiatif ini khas untuk 500 petugas barisan hadapan pertama yang melanggan Yoodo, dan mereka akan menikmati kredit Boost sebanyak RM30 dengan percuma yang boleh digunakan untuk membayar pelan Yoodo mereka.

Melalui kempen Raikan Wira-wira Kita, Yoodo akan memastikan petugas-petugas barisan hadapan kita sentiasa dapat berhubung dengan orang tersayang terutamanya mereka yang masih bertugas dan jauh daripada rumah.

Jelas Tuck Mun lagi, Yoodo amat berterima kasih di atas usaha gigih petugas-petugas barisan hadapan sama ada mereka pakar perubatan, polis atau penghantar makanan, yang berani menanggung risiko virus tersebut untuk melindungi masyarakat dan memastikan kehidupan harian tidak terganggu. “Inisiatif Raikan Wira-Wira Kita adalah penghargaan ikhlas kami kepada mereka ke atas segala yang telah mereka lakukan sejak bermulanya pandemik ini,” katanya.

Ganjaran-ganjaran istimewa ini pastinya akan menambah lagi kemeriahan bulan Disember selepas pengumuman promosi terbaharu Yoodo - Double Special. 



Untuk masa yang terhad, pengguna-pengguna boleh menikmati kuota data berkelajuan tinggi dua kali ganda tanpa kos tambahan. Dengan promosi baharu ini, pengguna boleh mendapat gabungan (termasuk tambahan data aplikasi) 50GB data pada harga RM35, 70GB pada harga RM55, di bawah pelan yang disyorkan. Seperti biasa, mereka boleh mengubahsuai dan memilih kombinasi pelan mereka tersendiri untuk memenuhi keperluan peribadi masing-masing.

Pengguna Yoodo hanya perlu memilih dari senarai pelan data yang sudah digandakan di aplikasi apabila mereka mendaftar dan menyesuaikan pelan mereka.

Cukup menarik bukan ? Adakah anda tertarik dengan apa yang di tawarkan oleh Yoodo ? Pilihan di tangan anda ! 


Untuk maklumat lanjut mengenai Ho! Ho! Holiday Giveaway, Inisiatif Raikan Wira-Wira Kita dan promosi Double Special, anda boleh layari www.yoodo.com.my


Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Dave Prem

dave@truth.my

+6010-366 1216 Charu

+charu@truth.my

++6017-299 8615 Anita Hadi

PR@yoodo.com.my

+6019-249 4254


Ingin info lebih lanjut mengenai Yoodo ?

Layari yoodo.com.my atau yoodoMY di laman sosial Facebook, Instagram, YouTube dan Twitter atau dapatkan maklumat terkini esukan dengan mengikuti @yoodoesports di Facebook.



                                    ##The End##


You Might Also Like

0 comment