Mekdi Sentiasa Di Hati… McDonald's Malaysia bawa papan tanda ikonik ke seluruh negara

September 04, 2020

 

Assalamualaikum, hai semua !

Bila sebut saja makanan francais popular McDonald's, semua orang tahu bukan? Tak kira usia tua atau muda, McD sememangnya sudah dikenali dan menjadi pilihan utama hampir semua rakyat Malaysia juga dunia.


Bercerita tentang McDonald’s, sempena dengan Hari Merdeka dan Hari Malaysia yang jatuh pada bulan Ogos ini, McDonald's Malaysia akan meraikan ulangtahunnya yang ke-38 sejak ia pertama kali di buka di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. McDonald’s menzahirkan 'Jiwa Malaysianya' dengan memaparkan papan tanda Mekdi iaitu nama panggilan tempatan untuk McD di restoran-restoran terpilih di seluruh negara. 


Sambutan Bersama Rakan Media

Sambutan meletakkan papan tanda Mekdi ikonik secara rasminya untuk tahun ini telah pun diadakan pada 26 Ogos yang lalu bersama rakan media dengan jayanya di restoran McDonald's Putrajaya Drive-Thru.


Sambutan bersama media di Putrajay Drive-Thru

Ia berikutan dengan sambutan yang luar biasa dari orang ramai selepas pengaktifan pertama memaparkan papan tanda Mekdi yang ikonik di outlet pertama di Bukit Bintang tahun lalu. Dengan itu McDonald's Malaysia tahun ini memutuskan untuk memperluaskan inisiatif ini dan meraikan lebih ramai rakyat Malaysia dengan meletakkan papan tanda Mekdi di 16 restoran terpilih di pelbagai negeri di negara ini.

Dengan sokongan yang memberangsangkan dari rakyat Malaysia di seluruh negara, rakyat Malaysia telah diberi peluang untuk memilih atau mengundi, sekaligus mengiktiraf outlet manakah yang layak untuk memaparkan papan tanda mekdi yang ikonik ini melalui website https://www.mcdonalds.com.my/Mekdi

kunjungi 16 restoran McDonald terpilih
McDonald’s Bukit Bintang 
McDonald’s Titiwangsa 
McDonald’s KLCC 
McDonald’s Putrajaya, Presint 2 
McDonald’s Kuala Selangor 
McDonald’s Greenlane, Penang 
McDonald’s Jln Gopeng, Ipoh, Perak 
McDonald’s Stulang Laut, Johor 
McDonald’s Kulai, Johor 
McDonald’s Kuala Pilah, Negeri Sembilan 
McDonald’s Taman Buaya, Malacca 
McDonald’s Teluk Cempedak, Pahang 
McDonald’s Kota Bahru, Kelantan 
McDonald’s Kuala Terengganu, Terengganu 
McDonald’s Kuching 1, Sarawak 
McDonald’s Api-Api, Kota Kinabalu, Sabah




Mencuba Nasi lemak rendang ayam

 

Bissmillah... 


Sentuhan Resepi Baru

Sempena sambutan bulan kemerdekaan. McDonald's Malaysia memperkenalkan sentuhan baru kepada Nasi Lemak McD popular mereka, di mana pelanggan kini boleh memilih untuk menikmatinya dengan Rendang Ayam, Spicy Chicken McDeluxe Cutlet atau Grilled Chicken Burger (GCB) Cutlet.


Ais krim cendol


Pai Jagung


Selain itu, McDonald's Malaysia juga menyuntik citarasa tempatan melalui menu pencuci mulutnya dengan memperkenalkan McFlurry Cendol baharu, yang menampilkan keenakan Gula Melaka, Cebisan kelapa, vanila berkrim cair, dan jeli Cendol. Pencuci mulut tempatan yang menarik seperti Pai Jagung dan ais krim berperisa Cendol juga turut dibawakan semula.


McD Berjiwa Malaysia

McDonald's Malaysia berjiwa Malaysia kerana memenuhi intipati yang sesuai dengan perniagaan yang mendapat tempat di pasaran tempatan, bukan sahaja bermula dari menu makanannya, malah, warga kerja, pembekal, francais dan komuniti yang terlibat juga turut memberi impak yang memberansangkan kepada rakyat sehingga membawa kejayaan kepada syarikat mereka, Antaranya adalah :-

Meningkatkan taraf pembangunan modal insan di Malaysia dengan memupuk bakat muda dan membantu mereka membina kerjaya yang bermakna. Pelbagai inisiatif juga dianjurkan untuk memberi pulangan kepada masyarakat setempat di mana ia beroperasi. Seperti, Anugerah Guru Inspirasi, Usaha Bantuan Banjir, Tajaan Makanan untuk barisan hadapan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (MCO), Program di bawah Ronald McDonald House Charities (RMHC Malaysia), dan program 'Back-to-School'.


Menu mereka yang juga telah di lokalkan memenuhi selera rakyat Malaysia yang sudah pasti bahan-bahannya juga dari sumber tempatan. Tenaga pekerja mereka juga adalah 95% dari rakyat Malaysia sendiri dan francais 100 peratus di miliki rakyat Malaysia. Segala tujuan dan usaha amal juga lebih tertumpu kepada masyarakat setempat dan kanak-kanak di Malaysia yang kurang berkemampuan. Ini adalah antara inisiatif amal dalam operasi mereka selama 38 tahun di Malaysia.


Tanda Sokongan Anda

Jangan ketinggalan! Sebagai tanda sokongan anda, satu rasa pelbagai selera hanya di McD, jom kunjungi outlet McD yang terpilih. Ia juga tersedia sepanjang hari! Dapatkannya untuk sarapan, makan tengah hari, atau makan malam, pilihan ada di tangan anda. Nasi Lemak McD dengan tiga hidangan sampingan yang berbeza untuk dipilih, pasti akan memuaskan pencinta nasi lemak, cubalah hari ini!




Mekdi Api-api kota kinabalu, Sabah.

Sekiranya anda berkunjung mana-mana outlet McDonald's Malaysia yang terpilih, jangan lupa untuk bergambar bersama papan tanda baru ikonik 'Mekdi' dan kongsikan di laman sosial anda dengan hashtag #Mekdi #McDonaldsMalaysia #NasiLemakMcD sebagai tanda sokongan dan jadikan ia sebahagian dalam meraikan sambutan hari merdeka dan hari Malaysia yang ke-63 tahun ini.


Apa tunggu lagi? Selamat Hari Kemerdekaan Semua!


You Might Also Like

0 comment