KESEDIHAN

April 16, 2020


Hadirnya sebuah kesedihan lantas memadamkan ketenangan hati seorang insan. Seusai dihimpit kedukaan, perjalanan insan terasa lemah sekali, terlalu berat kaki melangkah.. 
Tatkala insan dibebani penyakit dan hutang piutang,mengadap situasi kehilangan orang yang di sayang, orang yang berpaling tanpa ada rasa penyesalan, ianya seakan racun yang tidak bisa disingkirkan lagi dan terus akan menjadi beban di dada.. 
Sindiran dan perbuatan jahat terus menusuk hati bagaikan dihiris sembilu, menjadi luka tanpa berdarah.. 
Terasa sesak dada insan menghadapi arus kehidupan ini. sesekali, air mata insan bergenang memikirkan tekanan demi tekanan yang terus datang menyerang.. 
Tekanan demi tekanan yang muncul tanpa ungkapan salam begitu terlalu perit untuk dihadam. Kita terkedu lidah membeku akan dugaan yang terus melekat di pelbagai sudut.
Lalu apakah penawar duka dan sengsara kehidupan ini? Apakah ubat yang mujarab bagi mengubati sengsara warisan ini?



Kita tak mampu menolak perasaan sedih dan kecewa, namun setiap sabar yang kau hadirkan di hatimu pasti indah akhirnya..
Segala sesuatu yang hilang darimu akan datang kembali dalam bentuk yang lain, percaya lah..

Maka sejenak dongaklah kepalamu
kerana pertolongan-Nya amat dekat..
kau hanya perlu berbisik dalam sujud,
kerana saat itu engkau dan Dia tersangat dekat..
Jangan bersedih. 

You Might Also Like

0 comment