PROGRAM JELAJAH SASSH : HARI AIDS SEDUNIA 2019

November 07, 2019



Sabah Aids Services and Humanitarian (SASSH) telah mengadakan satu sidang media yang telah berlansung
di The Body Shop, Suria Sabah yang dihadiri oleh Muhammad Yazid Bin MatDaud, Pengerusi Persatuan
SASSH dan Gary Siaw, Pengurus The Body Shop Sabah.

Program Jelajah SASSH semperna Hari Aids Sedunia 2019 akan dianjurkan oleh Sabah Aids Services
and Humanitarian (SASSH) serta mendapat kerjasama penuh daripada The Body Shop Malaysia,
mendapat tajaan lokasi daripada 1 Borneo Hypermall, Suria Sabah Shopping Mall, Imago Shopping
Centre, Centre Point Sabah dan City Mall Sabah. Manakala KK12.FM selaku radio rasmi, Jurugambar
rasmi dari Aznan Johari.

The Body Shop Malaysia sangat komited dan bersungguh-sungguh membantu untuk menjayakan
program Jelalah SASSH : Hari Aids Sedunia 2019 ini dengan mendapatkan lokasi jelajah dan memberi
khidmat nasihat untuk menjayakan program kali ini. The Body Shop Malaysia akan meberikan tenaga
kerja untuk mempromosikan barangan jualan amal sepanjang jelalah. “Kami berkempen dengan
penuh semangat berkaitan dengan isu-isu yang dekat dengan hati kami kerana aktivesme ada dalam
darah kami ” kata Gary Siaw, Pengurus The Body Shop Sabah.

Program jelajah ini dilakukan sebagai medium kepada masyarakat Sabah khususnya di Kota Kinabalu
untuk di perkenalkan NGO SASSH dan juga mendapatkan informasi mengenai HIV dan STD. 

Program ini juga bertujuan untuk mengutip sumbangan orang ramai untuk menjayakan program SASSH di masa
akan datang. Bukan itu sahaja, acara kemuncak Mini Konsert Amal : Hari Aids Sedunia 2019 akan di
adakan pada bulan Disember 2019. “Saya berharap program ini mampu memberikan nilai tambah dan
membantu pihak KKM meyampaikan maklumat tentang HIV dan STD kepada masyarakat setempat.”
Kata Muhammad Yazid Bin MatDaud, Pengerusi SASSH.
____________________________________________


Siri Jelajah SASSH: 
Hari Aids Sedunia 2019 akan ke:

1 Borneo Hypermall : 8hb – 10hb November  2019

Suria Sabah Shopping Mall : 15hb – 17hb November 2019

Imago Shopping Centre : 22hb – 24hb November 2019

Centre Point Sabah : 29hb – 30hb November & 1hb Disember 2019

City Mall Sabah : 6hb – 8hb Disember 2019

Acara Kemuncak

Mini Konsert Amal : Hari Aids Sedunia 2019
14 Disember 2019
Palm Square, Centre Point Sabah

You Might Also Like

0 comment