Bah! cuti kita @Pan Borneo Hotel

November 05, 2019





Assalamualaikum dan hi korang!

Pernah kah kamu terfikir untuk luangkan masa bersama keluarga dengan bermalam di hotel tapi malas  bercuti jauh  disebabkan oleh kekangan masa? 

Situasi macam kami ni lah..  sekarang agak susah sedikit untuk bercuti tempat yang jauh dari kota kinabalu  memandangkan suami kini bertugas di Kuala Lumpur jadi kualiti masa bersama kami agak terhad. 
Apakan daya beginilah  kalau pjj kan, Tapi tak apalah sudah rezeki suami di sana, apapun kami akan gunakan masa percutian singkat  kami ini sebaiknya. 

Finally, kami sepakat  memilih untuk  bermalam di Pan Borneo Hotel kota kinabalu, just in case pun kalau tertinggal  benda  penting,  senang saja balik dan ambil kerana jarak dari rumah sis ke Pan Borneo Hotel  memang  dekat. 

*Credit to Pan Borneo Hotel

Sebelum itu apa kata sis kongsikan sedikit detail tentang Pan Borneo Hotel ini..

Pan Borneo Hotel adalah penginapan 4-bintang yang serba lengkap berlokasi di Putatan, Kota Kinabalu. Terletak di atas One Place Mall Shopping Centre, hotel ini hanya 5 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), 15 minit memandu ke pusat bandar Kota Kinabalu dan hanya beberapa langkah saja dari Stesen Keretapi Sabah.

Pan Borneo Hotel Kota Kinabalu menawarkan sejumlah 320 bilik tetamu yang luas – 17 Eksekutif Suites, 14 bilik keluarga, 69 Bilik Eksekutif, 152 bilik Deluxe dan 68 bilik Superior.

Hotel ini juga dikelilingi dengan kedai serbaneka yang mudah, Bank ATM, Restoran tempatan dan pada waktu malam  pastikan korang ke pasar malam  seberang hotel untuk menikmati masakan tempatan.
____________________________________________

Day 1

Ketibaan kami di sapa mesra oleh staff hotel, pekerjanya semua murah dengan senyuman dan sangat membantu.
Selesai sahaja berurusan di kaunter check-in kami terus naik ke tingkat 8 untuk ke bilik. Bilik Family kami ini mempunyai ruangan cukup luas, kemas dan selesa untuk menempatkan kami seramai 6 orang. Dilengkapi dengan gaya kontemporari yang mewah dan tingkap besar berhadapan dengan pemandangan indah laut China Selatan.

Family Room
*credit to Pan Borneo Hotel

Bercakap tentang bilik, hampir terlupa untuk bagitau korang, sekarang ni Hotel Pan Borneo tengah promosi "Bah! cuti kita @Pan Borneo" yang bermula dari 26 oktober hingga 20 Disember 2019. 

Mereka menawarkan harga bilik superior serendah  Rm199 sahaja dari harga asal Rm388 berserta 2 kupon sarapan untuk dua orang. Untuk bilik lain? jangan risau sebab ada diskaun juga, macam family room kami ini hanya tinggal Rm299 dari Rm480 dan diskaun 20% untuk International dinner buffet. Berbaloi bukan.


Pan Borneo Hotel juga ada menawarkan perkhidmatan NP3R.




Tapi apakah itu NP3R? macam kedengaran baru kan? 

NP3R ini berkonsepkan persinggahan sementara selama 6 jam untuk menawarkan pelancong tempatan juga antarabangsa dan Business traveller di mana mereka boleh menghabiskan waktu mereka melakukan kerja atau hanya berehat seketika sambil menunggu daftar masuk hotel atau jadual penerbangan mereka. Tapi bagi mereka yang bertujuan lain seperti yang memandu jauh,  ingin berehat dan tidur seketika sebelum meneruskan perjalanan juga di alu-alukan.


Okay, jom sambung cerita aktiviti seterusnya. Now masa untuk mandi kolam! kalau anak lelaki sis memang teruja bab mandi kolam ni, suka sangat mandi sampai ketar-ketar dalam kolam pun masih belum mau naik lagi, lain cerita kalau dua kakak diorang ni, dah kurang minat, malu katanya mungkin sebab dah anak dara kan.. So tukang perhati dari tepi kolam sajalah jawabnya.




Kolam renang ini terletak di tingkat 3M, bersebelahan dengan Coffe house dan dibuka seawal jam 7.30 pagi hingga 9 malam.

Sementara anak-anak mandi kolam, sis dan suami mengambil kesempatan untuk menyegarkan diri dengan menikmati urutan badan di Votik Spa & Reflexology yang turut ada di tingkat 3M ini, fuh segarnya rasa!



Votik Spa & Reflexology ini baru saja beroperasi pada bulan April yang lalu, tidak tertakhluk kepada guest hotel saja malah orang awam juga boleh mendapatkan khidmat urutan sini. Menawarkan pelbagai pakej urutan dan dibuka dari jam 12 tengahari hingga jam 12 tengah malam. untuk Info lanjut korang boleh lah call di talian 088 765649 .

Sudah penat bermandi manda, anak-anak mengadu lapar pula, just in time sebab  masa makan malam sudah hampir so kitorang naik ke bilik dan bersiap untuk makan malam di coffee house. Dengan harga diskaun 20%  International buffet  yang kami dapat  memang berpuas hati lah makan kat sini, sudahlah dapat diskaun, masakan buffet pun sedap semuanya. 



Sis dan suami sempatkan diri  juga jalan-jalan  dekat pasar malam di seberang jalan tu, gerai makan memang banyak, ada gerai buah, gerai makan seafood dan gerai burger pun ada. Kalau korang ni jenis suka lepak dan supper (makan lewat malam) memang sesuai la korang ke pasar malam ni. 



Bila perut sudah kenyang, kelopak mata pun jadi berat, kaki pula lenguh semacam,  agaknya penat berjalan dekat pasar malam tadi hehe

12.00 tengah malam- masa untuk merehatkan badan dan lelapkan mata. 
Good night from us at Pan borneo Hotel! 

Day 2

Good Morning! 
Selepas solat subuh, bersiap-siap ke gym , bukan apa kalau hari biasa jangan haraplah dapat menjejakkan kaki ke gym ni, asyik sibuk saja memanjang. So kiranya ambik peluang keemasan lah bersenam sementara menginap kat sini kan.

Jam 7.30 pagi, lengkap bersiap dan kami sekeluarga   turun untuk menikmati sarapan pagi di coffee House,  sarapan pagi juga nampaknya tidak mengecewakan, semuanya sedap-sedap belaka. 



Oleh kerana hari terakhir kami di sini adalah hari ahad,  jadi kami mengambil kesempatan untuk meninjau-ninjau ke tamu putatan yang  berdekatan dengan Pan Borneo Hotel ni. 
 (*Tamu Putatan setiap sabtu dan ahad)




Macam-macam korang boleh beli di sini dari sayur segar, makanan basah seperti ikan dan ayam, buah-buahan tempatan, kuih muih tardisional  seperti kuih cincin sampailah pakaian bundle memang semua ada dekat tamu ni, sampai rambang mata kita di buatnya. Cuaca pula terlebih cerah, siap berpeluh satu badan kitorang berjalan di tamu ni, hasil belian pun boleh tahan juga banyaknya. 


Asyik sangat berjalan, sampai tidak sedar sudah hampir tengahari, nampaknya tinggal ada sejam saja lagi masa untuk kami check out. kami bergegas kembali ke hotel untuk berkemas.

Alang-alang sudah berada di Hotel Pan Borneo, jadi sebelum check out, rasanya  santapan tengahari kami biarlah di Coffee House ini saja. Lagi pun untuk lunch time pihak Hotel ada menawarkan pakej buy 1 free 1 tau.. so memang berbaloi bila kami hanya perlu membayar 3 harga untuk 6 set makanan.. menyelerakan pula tu. 
Apa yang sis boleh simpulkan di sini harga makanan murah + masakan sedap = berbaloi.  So tak rugi guys!





Maka dengan ini berakhirlah percutian 
2 hari 1 malam kami di Hotel Pan Borneo ini, pengalaman bercuti di sini cukup menyeronokkan dan akan menjadi ingatan. walaupun percutian kami ini singkat namun terisi penuh dan padat  dengan aktiviti dalam dan luar hotel. 

Namun apa yang terpenting adalah memori yang tercipta dan masa  begitu berharga yang di luangkan bersama  keluarga tersayang.

Sehingga kita bertemu lagi di entri yang akan datang. Assalamualaikum. 
bye korang! 

__________________________________________
Gallery












____________________________________________
The End 


You Might Also Like

0 comment