Kelebihan Pasangan Wanita Pencinta Kucing

August 28, 2019

Assalamualaikum korang !

Harini ni sis nak cerita sikit tentang wanita yang gemarkan kucing, pendek kata pencinta kucing lah. korang suka kucing tak ??
siapalah yang tidak sukakan kucing kan.. 

Kucing secara umumnya di kenali dengan sifat manja dan jinak sampai boleh buat hati cair bila melihat kecomelannya. Dan untuk pengetahuan korang sis adalah salah seorang pencinta kucing tau.
Kucing sis ni cuma kucing mix kampung saja namun bagi sis dia cukup comel di mata sis dan mampu menenangkan hati di kala stress.

Pencinta haiwan seperti di ketahui memiliki sifat penyayang, penyabar, suka menolong, dan hati yang baik. Namun begitu, ada pakar yang mengatakan jika di bandingkan lelaki dan wanita, pencinta kucing wanita adalah pilihan yang baik untuk di jadikan pasangan . Biar betul ? 


1. Penyayang

Membela kucing bnyak beri kesan dengan kehidupan manusia, terutama si pencinta kucing ini. Seperti kesihatan fizikal dan mental. Jika berlaku sesuatu pada si kucing, pasti dia sanggup lakukan apa sahaja kerana sifat sayangnya pada si comel.

2. Bertanggungjawab

Oleh kerana dia sudah nekad untuk memelihara kucing, maknanya dia memang sudah bersedia dengan tanggungjawab. Namun begitu tanggungjawab untuk membela kucing bukanlah semudah yang di sangka kerana harus bersedia persiapkan masa untuk membawa si comel ke klinik jika sakit, menyediakan makanan, membuang najis, menjaga kebajikan si comel dan selalu meluangkan masa buat si comel hingga ada yang  membahasakan diri sebagai ibu kepada si comel.

3Mudah Berkomunikasi

Seperti contoh jika kita sering terlihat mereka berborak dengan kucing, bermain dan kadangkala meluahkan rasa hati pada kucing kesayangannya, baginya berkomunikasi dengan kucing ini adalah kerana dia tahu jika tidak selalu berkomunasi  dengan pasanganya kelak pasti akan terjadi masalah dalam perhubungannya.


4. Setia

Bayangkan saja walaupun sepenat mana dia berkerja pastinya akan meluangkan juga bersama kucingnya, setia menanti. Dan semestinya wanita tersebut akan melakukan perkara yang sama untuk bakal suaminya.

5. Suka Menolong

Selalu akan ada kucing yang  selalu meminta makanan di mana-mana , tanpa berlengah dan silu dia akan cepat-cepat memberi makanan . Ada kucing yang sakit dia pasti akan menghulurkan bantuan dan turut mewujudkan dana bantuan di media sosial jika kucing itu cedera hingga memerlukkan kos yang tinggi untuk pembedahan. Pendek kata apa pun kisah duka tentang kucing pasti dia turut bersedih.


Tahukah Anda

Membela kucing di percayai terapi emosi paling baik. Satu kaji=an oleh Universiti Columbia mendapati kajian aktiviti bersama haiwan kesayangan anda terutama kucing mampu meningkatkan hormon serotonin dalam badan anda. Hormon serotonin berfungsi untuk mengawal mood, mengurangkan emosi negatif dan membuatkan seseorang menjadi ceria dan lebih bahagia . Sekaligus , dapat mengurangkan tekanan perasaan dan kesunyian  dalam diri manusia . Kajian juga mendapati mereka yang berada dalam kemurungan boleh sembuh dengan berinteraksi dengan kucing.

Jadi sesiapa yang takutkan kucing tu, mulalah belajar untuk medekati mereka ya hehe.. 
sis yakin korang pasti akan jatuh cinta dengan makhluk comel ini.



GALLERY

Sis belanja korang gambar kucing yang pernah sis pelihara.. sayangnya ada beberapa ekor sudah tiada.. ada yang mati disebabkan sakit serangan virus dan ada juga yang hilang (sedih) 

zoey


mika, zoey, kiki dan garfield

kiko


Rocky

Dan inilah satu-satunya kucing yang masih hidup dan masih dalam peliharaan sis
memang manja sangat dia ni, pantang nampak kita duduk berehat dia pasti nak join nak minta di belai juga hehe

kiko



You Might Also Like

1 comment

  1. kenapa bah comel kucing-kucing kakak ni!!!
    bawa jalan kak :D

    ReplyDelete