Pages - Menu

Pages

Thursday, 9 May 2019

TAHUN KETIGA BERTURUT-TURUT BAZAR RAMADHAN TERBESAR DI SUTERA HARBOUR RESORT, KOTA KINABALU



Sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini, Sutera Harbour Resort pastinya akan menggamit memori bagi anda yang memilih untuk berbuka puasa di Resort ini dengan mengalami sendiri pengalaman unik iftar di bazaar yang terbesar di Kota Kinabalu dengan Selera Ramadan mereka yang terkenal.



Promosi yang bermula jam 6 petang setiap hari termasuk bilik sembahyang khas dengan sejadah dan kemudahan tempat mengambil wuduk untuk Solat Tarawih yang diketuai oleh Imam, tak lupa juga dengan persembahan Khas ghazal yang merdu dan tempat letak kenderaan percuma.

Berharga RM128.00nett untuk orang dewasa dan RM64.00nett Kanak-Kanak (berumur 6-12 tahun), promosi ini haruslah di tempah awal. Hanya nyatakan nombor baucer anda ketika membuat tempahan dan bawa bersama baucar asal apabila anda datang nanti.

Untuk ahli-ahli SHMGC dan SPP, jika anda menunjukkan kad keahlian anda pada  masa anda datang, anda juga akan menikmati diskaun sebanyak 25% (bonus tidak akan diberikan). Diskaun istimewa sebanyak 20% hanya diberi bagi tempahan untuk 20 orang atau lebih dan jika anda adalah seorang tetamu yang menginap di Resort ini.

Setiap hari, gerai-gerai menawarkan juadah yang tidak terkira banyaknya yang menjamin pengalaman yang memuaskan. Pilihan minuman sejuk seperti Air Bandung  dan Air Tebu pasti akan menghilangkan dahaga anda.




Pastikan untuk melihat sendiri hidangan yang di masak di luar seperti kaki lembu panggang dengan sos pecik, Kambing panggang dengan nasi oriental, Ikan bakar dan Satay berserta kuah kacang.


Melangkahkan kaki  ke gerai Panas, kelihatan Ayam Panggang Percik, Kelantan, Oxtail asam pedas, Kambing beriani yang terhidang cukup rambang mata untuk mencubanya . Pastikan juga anda tidak melepaskan peluang untuk mencuba  hidangan Kerutup Daging sebelum menikmati Lemang yang lazat dengan daging Serunding.

Gerai-gerai lain tentunya menawarkan pilihan lebih banyak dan menyelerakan termasuk Nasi kandar, Laksa Nyonya,  ikan masin goreng dan ikan panggang.


Jenis Kuih-muih turut dihidangkan setiap hari antaranya Kuih Lenggang, Kuih Lapis dan Kuih Beronok sagu .  Gerai makanan untuk pencuci mulut juga menawarkan pilihan yang tentunya manis dan lazat. Dan tentu tak lengkap tanpa Ais Kacang tradisional dan Aiskrim dengan perasa pilihan anda. Hidangan yang pastinya berbeza-beza dari masa ke semasa untuk memberikan anda pengalaman yang lebih unik. 

Sutera Harbour Resort turut menawarkan Pakej Meriahnya Raya outdoor katering berharga dari RM120 nett untuk setiap orang dengan sekurang-kurangnya 15 buah meja dan ke atas termasuk hidangan bufet Raya, gubahan bunga dan landsakap yang percuma, latar belakang skrin LED yang juga percuma dan banyak lagi. Tak lupa juga Pakej Dome Jom Sungkai turut tersedia yang menetapkan
RM1,200 nett untuk setiap meja 10 orang.

Selera Ramadan bermula dari jam 5.30 petang, bertempat di Grand Ballroom, The Pacific Sutera Hotel dan berakhir pada pukul 10.30 malam setiap hari.

Jadi anda bolehlah datang dan rasai pengalaman berbuka di sini di bulan suci  Ramadhan ini. Pasti menjanjikan kepuasan dan menggamit memori anda selamanya.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila hubungi 088 303671 atau lawati laman web kami di www.suteraharbour.com


_____________________________________________
Gallery












No comments:

Post a Comment