Friday, 8 March 2019

INFO: Anda sukakan Kopi? Ini ialah 10 khasiat kopi yang kita tidak tahu

Assalamualaikum ..

Tentu ramai di sini yang menyukai kopi kan ? kopi ialah minuman kegemaran hampir setiap orang  yang kononnya boleh menghilang rasa mengantuk dan mungkin akan merasa sedikit cergas selepas mengambil minuman ini.

Mungkin masih ada di luar sana masih tidak tahu  khasiat kopi kan .Kopi sebenarnya penuh dengan antioksida dan terkandung nutrisi yang bermanfaat yang dapat meningkatkan tahap kesihatan .

okay harini sis ingin kongsikan 10 khasiat kopi yang mungkin kita tidak tahu

1.Kopi Meningkatkan Tahap Tenaga dan Membuat Minda Anda lebih Cerdas
Kopi sebenarnya boleh menghilangkan rasa letih anda,dalam masa yang sama juga mampu meningkatkan kadar tenaga anda.
Ini kerana Kopi mengandungi bahan peransang yang di kenali sebagai kafein, sehingga kini ia sdh menjadi salah satu bahan yang yang paling banyak di ambil oleh masayarakat di seluruh dunia.
kafein yang anda minum akan menyerap ke saluran darah dan di hanatar ke otak dan menhgalang adnesina(inhibitory neurotransmitter).Bila ini berlaku,kadar neurotrasmitter yang lain seperti norepjrine dan dopamine meningkat lansung akan meningkstksn neuron.
kajian pada manusia dengan pengambilan kopi pada fungsi otak sudah bnyak di jalankan, termasuklah daya ingatan,mood,kewaspadaan,tahap tenaga reaksi dan fungsi kognitif.


2.Kopi Boleh Meningkatkan Prestasi Fizikal
Kafein meransang sistem saraf kita,menghantar isyarat ke sel lemak lalu membakar lemak badan
dalam masa yang sama,kafein mampu meningkatkan kadar Epinephine(Adrenalin) di dalam badan,Ianya adalah hormon yang turut memainkan peranan ketika pergerakan badan yang insentif.
Kafein akan membuatkan sel lemak membakar sel lemak,membekalkan darah sebagai fatty acid,dan di hantar pada sel badan.
secara kasarnya,kafein mampu meningkatkan prestasi fizikal sebanyak 11-12 peratus. Oleh itu, kopi wajar di minum setengah jam sebelum memulakan kerja yang berat.

3.Kopi Mempunyai Nutrisi Yang Baik
Biji kopi mengandungi nutrisi untuk kesihatan umum anda. antaranya:

1.Riboflavin
2.Pantothenik Acid
3.mangenese dan pottasium
4.Magnesium dan Niacin

kandungannya mungkin tidak banyak namun jika di tambah dengan diet sihat ia mungkin boleh membantu.

4.Kopi Membantu Membakar Lemak

Tahukah anda bahasa salah satu bahan yang terdapat pada Fat Burner salah satunya adalah kopi ?
kafein adalah salah satu bahan yang kukuh dalam membantu dalam pembakaran lemak.
beberapa kajian mengatakan kafein boleh meningkatkan metabolism dalam badan sebanyak 3-11%,
ada kajian juga mengatakan bahawa kafein mampu meningkatkan pembakaran lemak sehingga 10 peratus kepada orang yang mempunyai masalah obese dan 29% pada orang yang kurus. Namun kesan semakin berkurangan apabila sudah terlalu kerap di ambil.

5.Kopi Mampu Kurangkan Risiko Kencing Manis Tahap 2

kencing manis tahap 2 merupakan masalah kesihatan yang mampu merunsingkan kita, buat masa ini saja sekurang-kurangnya 300 juta orang di seluruh dunia mengalami kencing manis tahap 2.
kajian menunjukkan bahawa mereka yang minum kopi mengalami 23-50% risiko lebih rendah untuk mendapat penyakit ini.

6.Kopi Boleh Mencegah Daripada Penyakit Alzheimer dan Dementia.

Penyakit Alzheimer adalah sejenis penyakit saraf dan penyebab kepada dementia.
Penyakit ini  cendrung berlaku kepada mereka yang berumur 65 dan ke atas.dan ini sangat menyedihkan kerana ia tiada penawar,namun masih ada cara yang boleh di lakukan untuk mencegah kepada penyakit ini.pengamalan hidup sehat seperti bersenam dan minum kopi boleh membantu.Kajian yang di buat menunjukkkan penggemar kopi mempunyai 65% lebih rendah mendapat penyakit alzheimer ini.

7.Kopi Mampu Mengurangkan Risiko Parkinson

Parkinson di kenali salah satu penyakit saraf juga, dan kudua terbanyak selepas Alzheimer. Seperti Alzheimer juga ia tiada penawar maka jalan terbaik adalah dengan mencegahnya. Menurut kajian sains, risiko lebih rendah iatu 32-60% kepada peminum kopi dan yang tidak meminumnya. Dalam kajian itu juga mereka menyimpulkan bahan kopi bermain peranan kepada penurunan risiko,bukannya kopi itu sendiri

8.Kopi Boleh Melindungi Hati

Hati merupakan salah satu organ yang memeaikan peranan penting dalam sistem badan. Banyak penyakit akan memberi kesan kepada hati,seperti hepatitis, lemak penyakit hati dan lain-lain lagi. Kebanyakan penyakit ini membawa masalah seperti sirosis.Menurut kajian,kopi boleh melindungi hati anda dapidapada penyalit sirosis ini.

9.Kopi Mampu Melawan Kemurungan dan membuat lebih ceria

Tekanan dan kemurunngan merupakan masalah mental yang mampu menjejaskan kehidupan malah kesihatan anda. Ia tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia dengan beban kerja, masalah peribadi dan sebagainya. berdasarkan kajian yamg di buat oleh Havard pada tahun 2011,wanita yang minum 4 cawan setiap hari mampu mengurangkan risiko kemurungan sebanyak 20 %. Nampaknya jika anda stress kerja ada kenalah minum kopi ya .

10.Kopi Mencegah Risiko Beberapa Jenis Kanser:

Kanser adalah penyebab kematian yang umum di seluruh dunia. Ia berlaku kerana terdapat pertumbuhan yang tidak normal pada sel badan. Kopi di percayai mampu melindungi anda daripada 2 jenis kanser

1.Kanser hati
2.Kanser kolon

Kajian menunjukkan bahawa peminum kopi boleh mengurangkan risiko untuk mendapat kanser hati sebanyak 40% dan kajian terhadap 489,706 individu bahawa meminum kopi sebyak 4-5 cawan kopi setiap hari mampu menurunkan risiko mendapat kanser kolon sebanyak 15%

AMARAN

1.Elakkan minum kopi secara berlebihan. Kafein yang berlebihan setiap hari juga boleh memudaratkan kesihatan
2.sesetengah orang akan merasa pening dan sakit kepala, namun ada sesetengah orang pula mengatakan yang sebaliknya.
3.Kopi akan membuat anda ingin membuang air besar selepas meminumnya, namun tidak berlaku kepada semua orang.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, Khasiat Kopi bnayak tapi tidak semua orang menyukai kopi, ada segelintir orang memilih teh hijau daripada kopi. Tapi seperti saya ,saya menyukai kedua-duanya kerana masing-masing mempunyai khasiat tersendiri. Kopi kini sudah banyak pilihan, anda boleh dapatkan di mana-mana pasaraya namun elakkan pengambilan kopi 3-in-1, ini karana kandungan gulanya adalah tinggi.


Artikel ini adalah dari InfoPelajar yang  telah di olah semula.





Rea��es:

1 comment:

  1. baik aku minum kopi kan.. buli elak kemurungan sm lebih ceria. tp karang terlebih ceria pula

    ReplyDelete