Thursday, 7 March 2019

'Brunei Satay House' Anda pasti akan datang lagi.

Assalamualaikum semua..

Bertemu lagi harini guys! Alhamdulilha, pada minggu lepas sis dan kawan-kawan blogger lain berkesempatan untuk makan tengahari di restoran Brunei Satay House cawangan Indah Permai yang berlokasi di Sepanggar- Manggatal, nak cari tempat ni tak susah, korang boleh gunakan waze,saja, InsyaAllah pasti jumpa. Perjalanan dari Kota Kinabalu kesini pula mengambil masa lebih kurang 20 minit namun bergantung juga pada kesesakan jalan raya ya. Sis dan kawan-kawan sebenarnya merasa teruja jugak untuk menjamu selera dekat restoran ni ,kerana sebelum ni kitorang selalu dengar khabar angin mengatakan sate dekat sini sedap dan puas hati.

Sebelum datang ke BSH ni sis sempat jugaklah buat reseach sedikit pasal BSH ni, jadi apa kata sebelum sis teruskan dengan pengalaman sis menjamu selera di BSH ni kita berkenalan dulu dengan latar belakang restoran yang sering menjadi sebutan ni..

                                     

Brunei Satay House ialah sebuah jenama restoran yang berkonsepkan hidangan melayu yang menyajikan sate sebagai menu utama dan diikuti dengan menu lain seperti makanan tradisional brunei iatu ambuyat,kelupis dan menu istimewa ala carte dan juga minuman.

bersama pemilik BSH cawangan Indah Permai En. Ag Sharail Ag Ali
Restoran ini  memulakan tapak perniagaan sate di beaufort pada tahun 2004 oleh pengusaha Tuan Awg Ali Hj Awg dan isteri Puan Siti Afsah Hj Lagai. kini BSH telah meluaskan legasi dengan menambah lagi cawangan baru seperti Papar, Tuaran dan Indah Permai. BSH Indah Permai ini adalah cawangan yang ketiga di buka pada 07 januari 2015 yang kini telah pun memasuki tahun keempat dan di operasikan oleh En. Ag Sharail bin Awg Ali.
pilihan minuman istimewa BSH

Antara menu yang tersedia
Ayam Penyet
ABC special
Ok kita sudah pun mengetahui latar belakang BSH ni..so jom bercerita tentang menu pula, ada 40 menu ala carte tersedia ya ,banyak pilihan yang tersedia termasuk pelbagai jenis minuman yang pastinya akan menghilangkan dahaga di kala cuaca yang panas sekarang ini.

Hidangan utama seperti sate dan kelupis di datangkan dengan kuah kacang yang pekat, kouchung dan ambuyat iatu makanan tradisional masyarakat brunei di sabah yang sentiasa menjadi kegemaran masyarakat di sini. Manakala pilihan pelbagai jenis minuman yang sis sebutkan tadi adalah seperti ABC special, Thai Green Tea, Milo Tabur Special, Choco BSH Smoothies dan Bandung BSH. nama semua minuman ni pun sudah cukup buat kita terbayang rasa sedapnya kan ?

Oleh kerana alang-alang sudah sampai di sini sis tidak lepaskan peluang untuk mencuba beberapa menu istimewa yang ada di sini dan tidak di nafikan satay yang tersedia seperti sate ayam, daging, daging kambing dan perut memang lembut, berjus dan rasa perapan yang meresap,sampai tidak terkira rasanya sudah berapa cucuk sis habiskan hehe
semua menu yang ada cukup menyelerakan dengan harga yang berpatutan dan memang berbaloi!
BSH ini beroperasi setiap hari iatu isnin hingga ahad dari jam 10.30 pagi hingga 10 malam.

So korang yang belum  berkesempatan datang ke BSH ni, datanglah ramai-ramai dengan keluarga atau sahabat handai terutama sahabat dari Semenanjung yang outstation di sini, jomlah datang mencuba sate versi sabah yang mungkin berbeza dengan sate di tempat anda,dan silalah beranikan diri untuk mencuba makanan trasional Ambuyat juga ya, manalah tahu kan tekak korang boleh terima hihi .InsyaAllah korang pasti berpuas hati dengan semua hidangan yang ada dan pasti akan datang lagi .

melakar gambar kenangan sambil menjamu selera  bersama pemilik BSH Indah Permai En. Ag Sharail Ag Ali



Info:-
Brunei Satay House
Indah Permai ,Jalan Sepanggar- Manggatal
Kota Kinabalu,Sabah,Malaysia
Contact Number: 016-8435981/ 0195868772
Website: https//bruneisatay.com
Facebook: Brunei Satay House Indah Permai
Instagram: brunei_satayhouse


Rea��es:

0 coment�rios:

Post a Comment